Tuesday, November 30, 2010

Andaiku ungkap kata-kata.

Fariha berlari riang. Surat di tangan digenggam erat. Pantas dituju ke pohon manggis. Keadaan di situ sejuk seringkali Fariha terlena. Nenek tahu ke mana  cucu kesayangan duk berangan. Fariha menghempas punggung di kerusi malas hampir reput besinya.
Dikucup lama surat lalu di bawa ke dada. Perlahan jemari mengoyak sampul berwarna biru.Selembar kertas kajang ditatap. Anak mata membaca setiap baris tulisan tangan kiriman dari Hadi. Ah! Hadi! Seraut wajah terlayar di ruang mata.Kacak, tidak berapa tinggi dan berkulit kuning langsat. Fariha mengerling ke lengan. Aku, putih! Sepadanlah tu! Fariha tersenyum.
"Hadi! Aku pun rindu!" Hanya dalam hati. Malam nanti akan dikarang luahan hati kepada Hadi. Biar Hadi tenang di sana. Risau biarkan Hadi tertunggu-tunggu, besok juga dia akan ke Pejabat Pos.
FARIHA menghempas bag sekolah di anak tangga. Wajah Fariha merah menyala dipanggang oleh mentari terik. Seminggu kebelakangan ini cuaca kelihatan berbahang sekali. Fariha menghentak kaki menongkah tangga. Tekak kering kontang membuat hati semakin hangat. Manakan tidak sebotol air pun tak cukup.
GULP!GULP!
Dengan rakus Fariha menenguk air. Tangan mengesat lelehan air di bawah bibir. Tanpa ganti pakaian Fariha terbongkang di lantai, berbantalkan bag sekolah.
'Ya, ALLAH! Cucu aku!" Terkejut cucunya terlena melintang jalan. Sedaya upaya Rokiah mengangkat tubuh kurus ke tepi. Dialihkan bag, disuakan bantal kekabu di bawah kepala Fariha.
"Penat sangat agaknya." Rokiah geleng kepala. Segera berlalu dari situ. Ingin menyambut cucu angkatnya dari University. Menurut katanya, petang nanti sampailah. Segala persiapan telah tersedia.
UHUA!
Fariha mengeliat. Mata melihat sekujur tubuh masih berpakaian sekolah. Telinga Fariha menangkap suara-suara. Tapi! Itu suara lelaki! Fariha mendongak ke atas. Alamak! Memang lelaki! Bukan sorang, tapi tiga! Aduh! Malunya! Tanpa berlengah Fariha bingkas bangun. Tebal muka ketika itu.
"Nek! O, nek!" Laung Fariha.
Rokiah mengesat tangan di tepi kain batiknya. "Kenapa ni?" Rokiah kelihatan pelik.
"Kenapa tak beritahu Rahah."
Rokiah garu kepala. "beritahu apa?"
"Habis kenapa budak bertiga duduk di atas tu?" Kain sekolah diangkat tinggi. Rimas sudah.
Rokiah tersenyum, "Oh! Tu! Mereka pelajar University, datang buat ujikaji tentang rumah Minangkabau.Nenek memang beritahu Rahah. Nenek kejut tak nak bangun." Menatap wajah cucunya.
Fariha menyengih." Malulah nek!"
"Apa nak malu. Dahlah pergi mandi!" Rokiah menolak tubuh cucunya.
BUK!
 Tangan ke dada, terkejut. Mata menangkap buah manggis bergelimpangan di tanah. Kacau daun aje! Kejap lagi kau aku baham! Segala kenangan pertamakali dengan Hadi tetap diingatan. Selama tiga bulan mereka memadu kasih.Kini, Hadi kembali semula, menyambung pelajaran. Fariha cuma mendoakan dari jauh.
BERTAHUN, Fariha menunggu. Tiada lagi surat, malah segala surat yang dikirim pada Hadi dikembalikan semula. Abang posman simpati padanya. Bukan sedikit, kalau dilumpul mahunya berkarung.
Hadi! Kau suruh aku setia. Tapi kau!
"Fariha! Ambil order ni!" 
Fariha bergegas ke meja 3. Selepas tamat sekolah Fariha bekerja di restoran Pak Jamil. Cukuplah sekadar menampung wang sakunya, sementara menunggu keputusan SPM.
"Ya, Cik! Nak makan apa?" Fariha bertanya.
"Saya nak milo ais dan mee goreng!"
Sebaik mendengar suara, Fariha mendongak.  "Hadi!" Hanya itu, pantas berlalu.
"Fariha!" Fariha terus melangkah.
"Fariha! Hei,dengar sini!' Hadi menghalang langkahnya.
Tangan direntap sekuat hati. Sakit hatinya melihat sebelah Hadi seorang gadis bergaya. Sedangkan dia! Fariha palingkan wajah. Dia malu!
"Sampai hati kau!" Terluah juga. Air mata menakung merembat keluar.
"Rahah! Dengar dulu!" Hadi merayu.
Nama itu! Masih diingat, hanya nenek dengan Hadi yang tahu!
"Hari-hari aku tunggu posmen tu bawakan surat. Aku letih tahu!" Fariha menjerit. Biar hari ini segalanya terbongkar.
"Selalu panggil abang. Hari ni panggil nama aje. Dah tak sayang?" Hadi tergelak kecil.
HUH! Silap besar aku nak panggil abang! "Tepi! Aku nak balik!" Fariha menolak tubuh Hadi sedikit kurus. Matanya tidak pernah silap.
Sekali lagi langkah Fariha terhenti. Hadi menggenggam erat lengannya. Fariha membisu, mungkin penjelasan dari Hadi membuatka hatinya tenang. Biar apapun keputusan Hadi, Fariha tekad akan redha.
"Maafkan abang!" Bisik Hadi ke telinga Fariha.Setitis air mata gugur lagi.
"Ha... Habis..."
"Syh! Jangan cakap apa-apa!" Bibir Fariha ditekup. Hanya mata terkerdip-kerdip. Sebelah tangan mengesat air mata Fariha.
"Kenalkan sepupu abang, Salmah!" Hadi menarik tangan meminta mereka berjabat salam.
"Selamat berkenalan Fariha!" Segera menyambut huluran tangan kekasih Hadi.
Fariha tersenyum lalu mengngguk. Aduh! Malu!
"Nenek yang beritahu Rahah kerja kat sini."
"Kenapa lama tak berutus surat?" Pantas Fariha bertanya.
"Abang exam sayang. Sem akhir, kan? Ni, baru setahun abang kerja di Seremban." Hadi menatap wajah Fariha. Betapa wajah itu dirindunya siang malam.
Fariha menunduk, terkejutkan perkataan sayang tadi. Selama berutus surat tidak pernah Hadi mengungkap kata sayang selain rindu dendam padanya.
Fariha mendongak menentang ke anak mata Hadi. Terasa dunia berhenti berputar.
"Dan, abang nak pinang Rahah. Kita bertunang dulu!" Beritahu Hadi.
Fariha tertelan air liur. Hati mula berdebar! Jari sebelah tangan mencubit pehanya. Ouch! Dia tak mimpi!
Baru Fariha mengerti kenapa surat dia tak sampai ke tangan Hadi. Sebab, selepas habis Sem Hadi terus kerja. Dan sengaja Hadi tidak berutus surat, sebab ketika itu Fariha pula SPM. Adeh!
"Sayang! La, masih termenung dari tadi!" Fariha palingkan wajah. Lalu menghadiahkan senyuman paling manis buat suami tercinta.  Kini, Fariha gembira bersama Hadi. Tidak berapa lama akan melahirkan. Tanda cinta mereka berdua.

16.40
01.11.10